Pages

Tuesday, January 25, 2011

Berakhirnya Hubungan Fasha & Jejai

Salam Semua,


Sebenarnya aku ni tak de la suke sangat nak tau pasal gosip-gosip artis ni..
Apatah lagi nak bercerita mengenai nya..
Tapi..
Tengah-tengah BW tadi..
terbaca la satu cite ni..
Boleh baca kat sini

Jadi lepas baca kisah ni aku tiba-tiba terfikir tentang beberapa perkara..
  • Allah tu Maha Adil kan.. Kadang-kadang cash DIA bagi..
  • Kesian sangat kat FS sebab ramai orang macam tak suka dia walaupun dia dikurniakan raut wajah yang cantik.. Kalau pakai tudung cam ayu je.. Mungkin orang tak suka personaliti dia kot yek..
  • Rasa rugi sangat bagi pihak Jejai sebab dia dah bercerai ngan Nora Danish.. ND pun comel apa.. Baik hati pulak tu.. Sebab nya korang boleh baca sini..
  • Pastu teringat kat anak ND.. cian baby tu.. Mangsa penceraian.. Harap-harap dia membesar dengan penuh kasih sayang dari kedua ibu dan ayahnya walaupun diorang dah berpisah.

Semoga perkara-perkara seperti ni memberikan kita iktibar dan pengajaran yang berguna.. Belajar dari pengalaman orang lain kan..

Luv & Faith,

Monday, January 24, 2011

Aku Bakal Menang RM200,000.00

Salam Semua,


Masa mula-mula dapat surat yang menyatakan aku bakal menang RM200,000.00 ni.. Memang aku teruja sesangat.. Mak, Encik Momar ngan adik-adik pun dok kecoh bercakap pasal hal ni.. Mak kata aku nak dapat durian runtuh..

Ni sebenarnya contest.. dari Reader's Digest.. Mungkin ada jugak di kalangan korang yang pernah dapat surat camni kan.. Ada gak perasaan cam
" Eh biar betul.."
Tapi disebabkan surat kedua menyusul dalam letter box..  Perasaan kuries tu ilang skit-skit.. Maaf lah surat pertama ngan kedua aku dah buang..
So tak leh tepek kat sini.. Huhu..

Dan dalam surat kedua pulak dinyatakan akan sampai surat ketiga di mana aku kena reply dalam masa 14 hari tuk wat tuntutan duit tu.. Wah.. Bertambah keterujaan aku..
walaupun hati kecil aku kata.. Alah tak payah lah amik port..

Maka semalam sampai la surat yang aku ala-ala tunggu..



Berdebar-debar bila nak bukak sampul ni.. Apa lah isinya kat dalam..
 Dari luar rasa tebal je..

Menurut surat ketiga ini.. BUkan semua orang yang dapat offer camni.. Diaorang telah membuat 3 saringan  dari populasi penduduk di Malaysia dan hanya 1% orang sahaja yang akan diberi peluang untuk menyertai pertandingan ini..
 
saringan pertama
*

*

*

saringan kedua

*

*

*

saringan terakhir

*

*

*

Dan aku kat sini..



*

*

*
 lagi kandungan dalam sampul..
Dapat kunci pintu..


Bukan pintu umah tau..
Klu dapat umah memang tak terkata la weh..

Disebalik pintu tu..
Akan ada sebuah kereta untuk dimenangi..
Antara kereta yang tersenarai ialah :-

*

*

*

PEUGEOT 407

SUZUKI SWIFT 1.5

PROTON SAVVY M-LINE

Semakin teruja la.. Dapat kereta tu..
Godek-godek lagi..
Ada baucar wang tunai pulak..
Lima keping semuanya..
Berjumlah RM200,000.00


Dalam gambo ni ada empat keping jer baucarnya..
Bestnya kalau baucar ni betul-betul boleh tukar jadi duit..
Ya Salam..
Aku rasa mau aku pengsan terus..

Bukan itu saja.. Ada lagi hadiah sampingan berupa sebentuk jam..
( betul ke penjodoh bilangan tuk jam ~ bentuk )
Huhu..
Katanya "thank You" gift..



Jam ni bagi aku biasa je la.. Mungkin jenama dia je yang gempak..
PIERCARLO D'ALESSIO

Aku sebenarnya memang teruja nak join contest ni..
Ye la kan.., ape salahnya mencuba nasib.. Mana tau menang RM200,000.00..
Boleh belanja korang makan.. Hehe..

Sebelum wat apa-apa.. Aku pun mintak pendapat MY BOS..
dan lebih kurang camni la jawapannya lepas dia baca surat aku tu..

" Sah benda ni sama dengan apa yang saya terima a few years ago from Reader Digest cuma presentation dia dah bertukar. Tapi kalau U minat Reader Digest nak langgan 12 bulan / 24 bulan / 36 bulan, saya galakkan U mohon / masuk contest.."

Jadi ape pendapat korang..?!

Luv & Faith,

Friday, January 21, 2011

AyuOb..

Salam Semua,

Berakhir lah sudah penderitaan seorang hamba Allah yang sangat penyabar..
AyuOb..


Cukup meruntun perasaan aku sebagai hamba yang hina ni..
Bila tengok cerita tu..
Perasaan aku melayang-layang mengenang kan betapa aku ini sangat beruntung..
Mempunyai kehidupan yang cukup selesa dan serba sempurna..
suami yang baik & penyayang..
Ibu mertua yang sangat memahami..
Anak yang lincah dan manja..
Kakak & abang yang sentiasa prihatin..
walaupun mak dah tak ada..

Terima kasih Ya Allah..

Aku bersyukur di atas segala nikmat yan telah ENGKAU kurniakan..
Alhamdulillah..

"Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang baik (solehah), tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang baik."

-Riwayat Al-Baihaqi-

Luv & Faith,




*p/s : Bos aku seorang chinese.. Dan yang bestnya dia pun layan cite ni.. katanya.. "mn ada lagi dah insan sebaik Ayuob tu.." Korang rasa ada tak..?!

Wednesday, January 19, 2011

Kuku Kaki Ku

Salam Semua,

Cuba korang baca tajuk entry ni lelaju + berulang kali..
ku ku ka ki ku..
ku ku ka ki ku..
ku ku ka ki ku..
ku ku ka ki ku..
ku ku ka ku ku..
ku ku ka ki ku..
Haha..

Sebenarnya nak cerita kat korang..
Semalam tak wat entry sebab sakit kaki..
Menaip rasanya pakai tangan kan..
Dan
tak ade kena mengena pun dengan kuku..

Al-kisahnya malam Isnin tu Encik Momar ajak kuar makan..
Aku dukung cha time tu..
Ntah ngape ngan aku malam tu..
 sekali terpelecok da..

walaupun dah nak jatuh
aku dengan sepenuh usaha..
mental & fizikal
cuba menyelamatkan cha dari menjadi mangsa keadaan..

Maka terbesimpuh la aku kat kaki lima flat tu..
Memula jatuh tu siap berehat dulu
suh Encik Momar amik cha..

Di kala aku berusaha menahan kesakitan tu, banyak plak soalan  Encik Momar Menyebabkan aku rasa nak marah je.. Dia boleh tanya aku.. "nape bersila kat sini.. "
Aku dah la sakit ni.. Tapi tetiba aku rasa kelako plak..
 Aku pun gelak..

Ni bukan kaki ku sebenar..

Malam tu Encik Momar belanja Chaw Kueh Teow kat Kerinchi..
Yang naik lori tu..
Boleh tahan sedap jugak..
Di tambah ngan kaki terpelik ot..
Lebam di bahagian lutut
Dan sedikit luka kecil sebenar 20 sen..
^_^

Luv & Faith,

Monday, January 17, 2011

NadyaBubble Give Away

Salam Semua,


Jom Join..

Hadiah menarik gak..




Korang yang kena tag :-

shila
sara
kuntumz
asrul
Bain

Menu Menggamit Memori

Salam Semua,

Hari ni terasa cepat sangat masa berlalu..
 Dan dengan penuh semangat memulakan kerja-kerja kat atas meja..
 Juga di dalam tray..
Juga di bawah tray..
Huhu..
Sedar-sedar rasa lapar jer..
Rupanya dah pukul 12.45..

Lauk ape yek kat kantin hari ni..
Ada tak yang special..
Atau pun lauk kegemaran..

Pas turun kantin ..
sangat kuciwa..
tak der lauk yang best pun..
Even sayur pun..
KObis..!!
Boring nya..

Dan akhirnya..
setelah mendapat persetujuan perut + hati..




Harap-harap kicap tamin ni sesedap kicap kipas udang..
Mujur ada ikan goreng garing ni..
Penyelamat selera makan aku..

Menu ni menyebabkan aku teringat sangat pada sesorang.. MA.. Dia ni jiran masa kat umah lama dulu.. Bila time makan tengah hari je, menu ni la dia suap kat anak dia.. Dan aku semestinya akan menyibuk di situ untuk bermanja-manja.. Masa tu ni lah menu yang paling best di alam semesta..  MA dah tak de skrg.. Al- Fatihah wat MA tercinta..

Korang pulak.., menu apa la hari ni yek.. ^_^

Luv & Faith,


Friday, January 14, 2011

Susu Percuma

Salam Semua,

Lepas rehat yang agak panjang tadi
(almaklum la.. Arini kan jumaat),
 ada bungkusan SKYNET yang dah menanti kat atas meja
Jenuh aku fikir..
Aku mana ada oder barang online..

setelah pening memikirkan isi kandungan plastik SKYNET tu
aku pun wat keputusan ..

Bukak je la kan plastik tu..
Beria nak pening-pening kepala..
Huhu..

Ni la barang misteri yang telah membuatkan aku pening-pening lalat tadi..

*

*

*

*

*


Bila dah tengok susu ni baru la aku teringat
2, 3 hari lepas aku ada dapat satu panggilan
Awek chinese yang begitu ramah tamah membaca skrip
sampai aku suruh dia berhenti baca skrip dan bercakap dengan aku cam biasa
Mana tak nya..
aku dah rasa cam bercakap dengan mesin
(setting bahasa Melacin)
Melayu + cina
Tapi dia memang sangat bersopan santun
Agaknya perbualan tu dirakam kot..

Susu ni memang rezki anak buah aku la kot..
sebab nya Tisya a.k. cha masih lagi full breastfeed
wlaupun satu masa dulu aku penah dirundum
masalah kekurangan susu

Tima kasih pada Kak N
kerana telah memperkenalkan aku dengan Shaklee
susu badan
Alhamdulillah maintain & bertambah ke hari ini


Luv & Faith,