Salam Sepetang..
Tadi selepas solat asar aku sembang la ngan ibu muda ni.. Beliau baru mendapat khabar gumbira. Tentang kandungannya.. Alhamdulillah setelah berusaha + berdoa + bertawakal = beliau disahkan hamil.. Kakak ni sepanjang morning sickness dia xlalu makan dan selalu je loya. Kesian kat dia.. Selalunya dia datang opis ngan muka yang bermake-up berseri-seri .. Selepas kejadian ni, asik pucat jer muka dia..
Beliau cerita mengenai buah delima.. Katanya "pas akak mkn buah delima ni dh kurang loya akak.." Aku senyum.. seronok dengar berita gumbira ni.. Jadi untuk mereka-mereka diluar sana.. yang juga mengalami keadaan seperti beliau bleh la cuba buah delima yek.. 3 biji = RM5 je.. Berbaloi-baloi.. Dulu masa kat umah kedai pun arwah mak ada tanam pokok delima. Pokok tu subur jer walaupun xmendapat perhatian serius.. Dan ianya sentiasa berbuah tapi hanya ada 1 biji je pada satu - satu masa. Jadi aku ni dah terbiasa sangat makan buah delima sejak kecik lagi dan alhamdulillah semasa mengandung dlu pun dapat makan buah delima ni.. Housemate yang kasi, katanya "Akak mkn la buah delima ni.. Nanti mata anak akak cantik.." ^_^
Ni plak cerita pasal buah Delima yang aku dapat dari buku Plants Of The Quran yang ditulis oleh Dr M.I.H Farooqi dan diterbitkan oleh Sidrah Publishers, 1989
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Sekarang delima telah ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. Biasanya buah ni klu dh masak kaler pink kemerahan skit. ( pada pandangan aku la.. )
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. Biasanya buah ni klu dh masak kaler pink kemerahan skit. ( pada pandangan aku la.. )
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.
Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.
Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.
Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.
Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadhaman.
Semoga kita dapat menfaat bersama dari buah Delima ni.. InsyaAllah..
*aku dh draf petang semalam.. tp lambat post..
No comments:
Post a Comment