Pages

Thursday, December 2, 2010

Korang Nak Tak??

Salam Semua & X-specially tuk MamaTisya,


    Eskrem.. Nape aku ske eskrem..?! Ais krim.. ?! yang penting ader bunyik cream kan..Hehe.. sebab itu lah yang menjadi kan mende alah ni nyum-nyum..!! Sebenarnya aku ni bukan lah pencinta ais krim satu masa dulu.. (Masa sek dolu-dolu). Walaupun pada kebiasaan nya ais krim ni adalah makanan kesukaan bebudak.. Skrg dh xbudak lagik.. Mak budak pun ske aper.. kan..?!

     Alkisah nya aku mempunyai seorang sahabat yang sangat gemo beno makan ais krim.. Di sebabkan tahap kegemaran dia yang melampau tu, aku yang tak bersalah ni pun terpaksa teman dia makan ais krim gak. Tuk pengetahuan korang dan X-specially MamaTisya, sahabat aku ni xberapa chat sebenarnya. Dia dinasihatkan oleh DR. supaya xmkn mende-mende sejuk terutamanya ais krim sebab rahim nya yang bermasalah.

    Sebagai seorang sahabat yang baik.. Hehe.. Baik ke..?! Aku musti kena nasihatkan dia tuk elakkan mende-mende yang boleh membuatkan dia terseksa. Sebabnya tiap kali dia period, musti dia akan betukar menjadi tenggiling.. Tenggiling..?! Bukan la badan dia jadi bersisik cam tenggiling tu.. cuma, sebab nak menahan kesakitan di bahagian perutnya itu, dia terpaksa la meringkut.. Meringkok.. Mengeringkot.. Menggulung.. Alamak ape perkataan yang sesuai yek.. Lebih kurang tenggiling la, apabila ia merasakan bahaya.. ia akan menggulungkan tubuhnya sebagai suatu pertahanan dengan menggunakan sisiknya yang keras.













    Tapi sahabat aku ni memang pencinta ais krim yang tegar.. Jadi dia sanggup menanggung risiko seperti di atas semata-mata untuk merasai nikmat Ais Krim itu. Dan sebab dia lah aku juga telah terjebak sebagai pencinta ais krim.. Dan setiap kali menikmati ais krim, pasti aku akan teringatkan dia..

*p/s ~ Kepada Nor Azlizan binti Alias, aku mohon maaf kerana menyiarkan kisah benar kamu ini. Nanti aku belanja ko Baskin Robin yek.. Hehe..

Luv & Faith



Dia..

Salam & Selamat pagi Khamis,



        Pagi khamis yang penuh keberkatan ni.. telah mencerikan hidup aku.. Alkisahnya Dia ni merupakan kawan aku yang dari dulu sampai sekarang.. Aku mula kenal dia masa form 2..Walaupun kitorang xsama kelas tapi sebab dok hostel aku kenal dia.. Bermula pengenalan aku ngan dia.. Kitorang berkongsi satu cerita yang sama = Kami dah xde mak.. Persahabatan aku dengan dia berlangsung walaupun kadang-kadang tu ader jer yang xkena.. Mungkin sebab perangai aku yang pelik ni kot. Hehe.. Banyak mende baik & mende xbaik yang aku dah lalu dengan dia. Dia seorang yang sentiasa ceria. Susah nak marah orang. Sentiasa jadi yang terbaik tuk orang lain.

Masa form 3, dia dapat tawaran ke SMK Teknik. Teknik yang dihujung Malaysia plak tu. Aku still kt sek lama. Dua tahun tanpa kabar berita. Jarang-jarang sekali dapat kabar. Aku ingat masa tu akan berakhirnya persahabatan kitorang. Tapi xsangka pas abis SPM, dia muncul balik.. Kitorang kembali keep in touch sampai la ke hari ini.. Dia yang selalu bertanya kan kabar aku. Tima kasih.. Walaupun masing-masing dah sibuk dengan life sendiri.. Dari jauh dia selalu menjaga.. Rupanya aku ade sorang kawan yang xpenah lupa kat aku.. walaupun dia dah jumpa ramai kawan lain.. Rasa bertuahnya lah AKU..  Inilah nikmat Allah yang aku perlu jaga.. PERSAHABATAN..!! Alhamdulillah..


Kadang-kadang aku selalu sedih mengenangkan kawan-kawan yang dulu dah xingat kat aku.. Tapi xpelah.. sebab Dia selalu jer ader.. Tima kasih tuk Dia.. Dan aku seharusnya bersyukur dengan nikmat Allah yang SATU ni.. Dan kepada dia, dia & semua dia yang masih ingat kat aku tima kasih sangat.. Korang adalah sebahagian dari hidup aku yang aku xkan pernah lupa.. Salam sayang wat semua.. Termasuk la korang yang baca entry kali ni.. Tima kasih sangat-sangat.. Sayang korang.. ^_^




Luv & Faith



Wednesday, December 1, 2010

Nutrien Penting Buat Ibu - Part 1

Salam semua,

Sekali pagi ni aku rajin plak nak mengarang.. Hehe.. aku nak kongsi ngan korang cerita pasal khasiat penting untuk bakal-bakal ibu.. Untuk memastikan kita mendapat tempoh kehamilan yang sihat, pengambilan makanan seharian yang seimbang amatlah penting.  Antara nutrien yang kita kena titik beratkan :-


  • Protein - Terdiri daripada asid amino yang membantu membina badan anak kita. Ianya boleh didapati daripada telur, daging yang telah dimasak, susu penuh krim, yogurt, keju, mentega kacang atau kekacang yang telah masak dan dikeringkan.

  • Karbohidrat - Terutamanya karbohidrat yang kompleks memberikan kita tenaga yang berpanjangan dan boleh menolong mengelakkan masalah sembelit. Contoh karbohidrat yang komplek ialah bijirin dan sesetengah sayur-sayuran. Kalau boleh cuba elakkan pengambilan karbohidrat ringkas cam gula, tepung yang telah diproses, kek atau roti putih. Karbohidrat camni tiada khasiat dan boleh menggemukkan. Jadi makan lah roti gamdum penuh, tortilla,bagel, bijirin, pasta atau nasi, kentang dan jagung.

  • Lemak Tidak Tepu - Lemak jugak sumber tenaga yang penting dan membantu dalam metabolisme vitamin A, D, E dan K. Sesetengah lemak penting untuk pembentukan otak fetus kita seperti Gangliosida dan DHA. Pastikan pengambilan lemak adalah dari kumpulan lemak tidak tepu tau.. cam minyak zaitun, kanola & Minyak Kacang. Lain-lain sumber termasuk la keju, mentega kacang, tuna salad, keju parmesan, mayones, daging tanpa lemak, telur, kuning telur dan avokado.

  • Kalsium - Kalsium mustilah sangat penting untuk membina tulang dan gigi fetus yang sedang membesar. Klu kita xambil kalsium secukupnya, fetus mungkin akan dapatkan sumber kalsium yang tersimpan dalam badan kita. Jadi kita berisiko terhadap kesihatan tulang yang lemah atau kehilangan gigi.

  • Vitamin C - Menolong dalam pembinaan kolegen, iaitu protien yang menyediakan struktur kepada tulang, rawan, otot dan salur darah baby.. Vitamin C jugak merupakan salah satu antioksida yang membantu melindungi baby daripada jangkitan. Kita bleh dapatkan vitamin C daripada jus buah-buahan sitrus. limau gedang, oren, tembikai, kubis, coleslaw, bronkoli, bunga kubis atau tomato.
Panjang lebar sudah.. Jadi nutrien yang x kurang penting nya cam Vitamin A & D, Zink, Asid Folik, Zat besi nanti kita cite kat entry yang akan datang k.. Harap-harap info ni dapat memberikan sedikit pengetahuan untuk kita.. Para Ibu.. ^_^







Luv n Faith

Monday, November 29, 2010

Anakkuwiraku 2010 Contest

Salam..


Selamat ari bekerja tuk semua yang bekerja di pagi Isnin ni.. Entry kali ni nk cite psl "anakkuwiraku 2010 contest.." Korang tau hadiah utama dia punya la gempak.. Best water..!! Tau x best water tu ape.. Hehe.. Best water ni water filter la.. Di sebab kan nak masuk umah so kena la cari sebijik water filter.. Antara ciri-ciri yang best pasal water filter ni ialah, nama pun dh Best Water:-


  • Ianya mudah dibawa kemana-mana.. Portable..!! Kalu Encik Momar ni musti sangat ske mende2 portable ni.. So klu nk balik kg ke bleh la bawak..
  • Sangat kecil berbanding water filter yang lain.. Jadi nya xmakan space (memang la.. Makan nasi kan.. Haha) la klu nk letak kat singki umah kan..
  • Mudah nak pasang.. sebab nya dia ader kasi semua jenis paip yang bleh connect ngan paip-paip kat Malaysia ni.. Tak perlu susah-susah nak tebuk dinding umah atau aper-aper perbuatan leceh yang sewaktu dengannya.. ^_^
  • Tuk maintenance plak lagi senang.. Ble LED yang biasa nya kaler hijau dah bertukar jadi merah, tu tandanya nk kna tukar la katrij kat dalam nya.. Biasanya setahun sekali jer.. Simple kan..
Andainya aku adalah si bertuah itu.. Musti aku sangat gumbira mendapat hadiah ini.. Hehe.. Tapi biasanya aku ni jarang bertuah.. Cuma ni salah satu usaha tuk aku jadi lebih baik.. Maknanya.. Kita ni kna la berusaha kan tuk mendapatkan sesuatu.. walaupun keputusannya selepas itu mungkin akan mengecewakan kita.. Yang penting kita telah berusaha sebaik mungkin.. Cayok2..!!



Friday, November 26, 2010

Delima


 
Salam Sepetang..

Tadi selepas solat asar aku sembang la ngan ibu muda ni.. Beliau baru mendapat khabar gumbira. Tentang kandungannya.. Alhamdulillah setelah berusaha + berdoa + bertawakal = beliau disahkan hamil.. Kakak ni sepanjang morning sickness dia xlalu makan dan selalu je loya. Kesian kat dia.. Selalunya dia datang opis ngan muka yang bermake-up berseri-seri .. Selepas kejadian ni, asik pucat jer muka dia..

Beliau cerita mengenai buah delima.. Katanya "pas akak mkn buah delima ni dh kurang  loya akak.." Aku senyum.. seronok dengar berita gumbira ni.. Jadi untuk mereka-mereka diluar sana.. yang juga mengalami keadaan seperti beliau bleh la cuba buah delima yek.. 3 biji = RM5 je.. Berbaloi-baloi.. Dulu masa kat umah kedai pun arwah mak ada tanam pokok delima. Pokok tu subur jer walaupun xmendapat perhatian serius.. Dan ianya sentiasa berbuah tapi hanya ada 1 biji je pada satu - satu masa. Jadi aku ni dah terbiasa sangat makan buah delima sejak kecik lagi dan alhamdulillah semasa mengandung dlu pun dapat makan buah delima ni.. Housemate yang kasi, katanya "Akak mkn la buah delima ni.. Nanti mata anak akak cantik.." ^_^

Ni plak cerita pasal buah Delima yang aku dapat dari buku Plants Of The Quran yang ditulis oleh Dr M.I.H Farooqi dan diterbitkan oleh  Sidrah Publishers, 1989

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Sekarang delima telah ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. Biasanya buah ni klu dh masak kaler pink kemerahan skit. ( pada pandangan aku la.. )
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.
Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.
Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.


Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.
Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadhaman.
Semoga kita dapat menfaat bersama dari buah Delima ni.. InsyaAllah..



*aku dh draf petang semalam.. tp lambat post..

Thursday, November 25, 2010

Penangan Upin & Ipin

Salam semua..

Semalam mcm biasa ayah dah janji kat Tisya nk bwk Tisya p pasar malam.. Jalan-jalan.. Putri ayah sorang tu memang ske jalan-jalan.. Tisya klu dh petang tau jer.. Nak suruh ayah dukung = Jalan.. Hehe.. Sampaikan dengan ibu pun Tisya xmau.. siap tarik kolar baju ayah lagi.. Pandai sungguh anak ibu sorang tu..

Ble sampai je kat pasar mlm.. Tibe-tibe Tisya yang didukung dek ayah meronta-ronta.. Apesal plak la putri ibu sorang ni.. Ibu cube tgk sekeliling.. Kot-kot ader perkara yang mengganggu dia.. Di sayup kejauhan.. ibu ternampak sorang mamat dok pegang sejambak belon yang terapung-apung di udara.. cee wah..

Rupa-rupanya Tisya nak belon tu.. Yang lebih menariknya lagi.. Belon itu adalah Upin & Ipin.. Patut lah Tisya meronta-ronta camtu.. Tisya baru 10 bulan.. Tapi Tisya sangat pandai tengok kartun Upin & Ipin kat TV9.. Itu sebab la agaknya Tisya nk sgt belon Upin & Ipin tu.. ^_^

Pastu kul 3 Pagi tadi Tisya jaga.. Ibu tersedar sebab dengar Tisya cam bersembang.. Tisya sembang ngan Upin si belon dia rupanya.. Ibu pun cepat-cepat berlakon tido.. Klu dia tau ibu bangun.. Abis la.. Sampai ke pagi la jawabnya.. Huhu..



 

Wednesday, November 24, 2010

Betul ke Kenyang..?!!

Salam..


Rasa mcm pelik plak.. Semalam tisya minum susu sikit jer.. selalunya 1 hari tisya bleh habiskan 4 x 140ml ( 5oz ) = 20 oz.. Semalam tisya nenen dekat 16 oz je.. Memang telah diceritakan dengan panjang lebar kat blog KaK N pengambilan makanan yang seimbang oleh ibu yang menyusu akan membuatkan bayi cepat kenyang.. Biasanya klu aku miss mkn Shaklee musti tisya asik nk nenen jer..

Tapi sejak ambil supplement Shaklee secara konsisten ni, tisya pun cam cepat kenyang ngan hanya BF.. Walaupun tisya dah 10 bulan tapi tisya xnak mkn langsung.. Kalau suap nasi @ nestum musti tisya wat "wek..wek..".. Pandai sungguh anak ibu tu.. Jadi tisya hanya bergantung pada susu ibu sepenuhnya..

Disebabkan itu la.. Ibu rasa perlu sgt pengambilan supplement dalam diet seharian ibu.. Dengan harapan dapat memberikan nutrien yang terbaik tuk Tisya.. Semoga Allah kuatkan semangat ibu tuk menyusu tisya sampai tisya 2 tahun.. Amin.. Tisya pun doa sama tau.. ^_^