Pages

Wednesday, December 1, 2010

Nutrien Penting Buat Ibu - Part 1

Salam semua,

Sekali pagi ni aku rajin plak nak mengarang.. Hehe.. aku nak kongsi ngan korang cerita pasal khasiat penting untuk bakal-bakal ibu.. Untuk memastikan kita mendapat tempoh kehamilan yang sihat, pengambilan makanan seharian yang seimbang amatlah penting.  Antara nutrien yang kita kena titik beratkan :-


  • Protein - Terdiri daripada asid amino yang membantu membina badan anak kita. Ianya boleh didapati daripada telur, daging yang telah dimasak, susu penuh krim, yogurt, keju, mentega kacang atau kekacang yang telah masak dan dikeringkan.

  • Karbohidrat - Terutamanya karbohidrat yang kompleks memberikan kita tenaga yang berpanjangan dan boleh menolong mengelakkan masalah sembelit. Contoh karbohidrat yang komplek ialah bijirin dan sesetengah sayur-sayuran. Kalau boleh cuba elakkan pengambilan karbohidrat ringkas cam gula, tepung yang telah diproses, kek atau roti putih. Karbohidrat camni tiada khasiat dan boleh menggemukkan. Jadi makan lah roti gamdum penuh, tortilla,bagel, bijirin, pasta atau nasi, kentang dan jagung.

  • Lemak Tidak Tepu - Lemak jugak sumber tenaga yang penting dan membantu dalam metabolisme vitamin A, D, E dan K. Sesetengah lemak penting untuk pembentukan otak fetus kita seperti Gangliosida dan DHA. Pastikan pengambilan lemak adalah dari kumpulan lemak tidak tepu tau.. cam minyak zaitun, kanola & Minyak Kacang. Lain-lain sumber termasuk la keju, mentega kacang, tuna salad, keju parmesan, mayones, daging tanpa lemak, telur, kuning telur dan avokado.

  • Kalsium - Kalsium mustilah sangat penting untuk membina tulang dan gigi fetus yang sedang membesar. Klu kita xambil kalsium secukupnya, fetus mungkin akan dapatkan sumber kalsium yang tersimpan dalam badan kita. Jadi kita berisiko terhadap kesihatan tulang yang lemah atau kehilangan gigi.

  • Vitamin C - Menolong dalam pembinaan kolegen, iaitu protien yang menyediakan struktur kepada tulang, rawan, otot dan salur darah baby.. Vitamin C jugak merupakan salah satu antioksida yang membantu melindungi baby daripada jangkitan. Kita bleh dapatkan vitamin C daripada jus buah-buahan sitrus. limau gedang, oren, tembikai, kubis, coleslaw, bronkoli, bunga kubis atau tomato.
Panjang lebar sudah.. Jadi nutrien yang x kurang penting nya cam Vitamin A & D, Zink, Asid Folik, Zat besi nanti kita cite kat entry yang akan datang k.. Harap-harap info ni dapat memberikan sedikit pengetahuan untuk kita.. Para Ibu.. ^_^







Luv n Faith