Pages

Monday, January 31, 2011

Ramly Halal Kiosk

Salam Semua,

Dah lama rasanya tak update blog ni.. Selalu je bukak.. Masih je berblog walking.. Tapi tak tau kenapa tak update.. Hehe.. Sengal..!!

Ni nak cerita dengan korang pasal Ramly Halal Kiosk kat Klang Sentral.. Memula aku ingatkan kat situ cuma jual barang-barang tuk bukak gerai burger jer.. Rupa nya macam-macam ada.. Selain dari bebarang asal tuk bukak gerai cam roti, daging burger, sos, mayonis, tisu, bebarang polistrien.. Iskh banyak lagi lah yang tak terdayo nak menaip nya..

Kat situ pun ada jugak barang keperluan seharian cam ayam segar, daging segar, tulang tuk wat sup, daging cincang, bawang, cili kering, makanan dalam tin, salad, timun.. Lupa plak nak snap sekeping dua.. Huhu..

Tapi yang lagi best nya.. Ada kiosk kat sini.. Boleh makan ataupun tapau.. Style kiosk tu menarik.. Cam KFC dengan McD gak..


Pesanan kita tu hot tau..
Sebab nya lepas pesan baru dia masak.. Kira cam fresh aa..
Lupa plak nak suruh adik ni pandang kamera dan say cheese..!!


Setiap set akan dilengkapi dengan air dan kentang goreng serta main dish "BURGER"..
Banyak la pilihan burger nya kan.. Ablong pun ada..
Pastu cam biasa la ada side menu yang tambahan cam nuget..



Pilihan air kat sini pun bagus..
Sekurang-kurang nya semua air kat sini tidak berkabonat..
Tu la yang bagusnya..
Hehe..
Sesuai kalau nak bawak anak-anak kecik makan kat sini..



Ni la bentuk packeging kat Ramly Halal Kiosk..
Ala-ala A&W..
Ni gambo snap pas isi nya dah habis di belasah..

Dan part yang paling sejuk mata memandang adalah..



Ni la hasil nya.. Makan secara berdua-dua an.. Eh, silap bertiga-tiga an..
Lupa plak kat si kenik bucuk sorang tu..

Aku rasa berbaloi sangat makan kat situ.. Korang pun patut cuba.. Kan bagus kalau kiosk ni ada banyak.. Rasanya kat KL pun belum ada lagi kot.. ke aku yang tak jumpa.. Hehe.. Lagi pun makanan nya dah tentu-tentu halal.. Buatan Malaysia lagi.. Semangat kewarganegaraan la pulok.. Kalau nak cari info boleh cuba kat sini..


 
Luv & Faith,


Contest Nama Baby Saya

Salam Semua,


Nama Baby Ros..
Sofea Batrisya Binti Saidin Omar..
Bukan baby yang dalam gambar atas ni tau..

Tukang pilih nama baby ialah kakak..
Masa memula dapat tau Ros mengandung..
Kakak adalah di antara insan yang paling gembira dan teruja..

Bermula dengan itu..
Kakak dah stat cari nama tuk baby..

Batrisya la nama pilihan kakak
katanya dia nak panggil "Tisya" kat baby ni nanti..
Dan sejak dalam perut lagi baby dah ada nama..

Walaupun dah ramai baby nama Batrisya, kakak tetap nak buh jugak nama tu..
Dekat opis Ros pun dah 2 orang baby nama Batrisya
Sofea tu pulak Ros yang bubuh..

Konon-konon nya nak ada synchronization la ngan nama ayahnya..
Hehe..
Ntah apa-apa ntah..

Dengan ini dipersembahkan..
Sofea Batrisya Binti Saidin Omar..
Sofea = Suci, menawan
Batrisya = cerdik, pintar


Meh la korang..
Kita join contest ni reramai..

Tuesday, January 25, 2011

Berakhirnya Hubungan Fasha & Jejai

Salam Semua,


Sebenarnya aku ni tak de la suke sangat nak tau pasal gosip-gosip artis ni..
Apatah lagi nak bercerita mengenai nya..
Tapi..
Tengah-tengah BW tadi..
terbaca la satu cite ni..
Boleh baca kat sini

Jadi lepas baca kisah ni aku tiba-tiba terfikir tentang beberapa perkara..
  • Allah tu Maha Adil kan.. Kadang-kadang cash DIA bagi..
  • Kesian sangat kat FS sebab ramai orang macam tak suka dia walaupun dia dikurniakan raut wajah yang cantik.. Kalau pakai tudung cam ayu je.. Mungkin orang tak suka personaliti dia kot yek..
  • Rasa rugi sangat bagi pihak Jejai sebab dia dah bercerai ngan Nora Danish.. ND pun comel apa.. Baik hati pulak tu.. Sebab nya korang boleh baca sini..
  • Pastu teringat kat anak ND.. cian baby tu.. Mangsa penceraian.. Harap-harap dia membesar dengan penuh kasih sayang dari kedua ibu dan ayahnya walaupun diorang dah berpisah.

Semoga perkara-perkara seperti ni memberikan kita iktibar dan pengajaran yang berguna.. Belajar dari pengalaman orang lain kan..

Luv & Faith,

Monday, January 24, 2011

Aku Bakal Menang RM200,000.00

Salam Semua,


Masa mula-mula dapat surat yang menyatakan aku bakal menang RM200,000.00 ni.. Memang aku teruja sesangat.. Mak, Encik Momar ngan adik-adik pun dok kecoh bercakap pasal hal ni.. Mak kata aku nak dapat durian runtuh..

Ni sebenarnya contest.. dari Reader's Digest.. Mungkin ada jugak di kalangan korang yang pernah dapat surat camni kan.. Ada gak perasaan cam
" Eh biar betul.."
Tapi disebabkan surat kedua menyusul dalam letter box..  Perasaan kuries tu ilang skit-skit.. Maaf lah surat pertama ngan kedua aku dah buang..
So tak leh tepek kat sini.. Huhu..

Dan dalam surat kedua pulak dinyatakan akan sampai surat ketiga di mana aku kena reply dalam masa 14 hari tuk wat tuntutan duit tu.. Wah.. Bertambah keterujaan aku..
walaupun hati kecil aku kata.. Alah tak payah lah amik port..

Maka semalam sampai la surat yang aku ala-ala tunggu..



Berdebar-debar bila nak bukak sampul ni.. Apa lah isinya kat dalam..
 Dari luar rasa tebal je..

Menurut surat ketiga ini.. BUkan semua orang yang dapat offer camni.. Diaorang telah membuat 3 saringan  dari populasi penduduk di Malaysia dan hanya 1% orang sahaja yang akan diberi peluang untuk menyertai pertandingan ini..
 
saringan pertama
*

*

*

saringan kedua

*

*

*

saringan terakhir

*

*

*

Dan aku kat sini..



*

*

*
 lagi kandungan dalam sampul..
Dapat kunci pintu..


Bukan pintu umah tau..
Klu dapat umah memang tak terkata la weh..

Disebalik pintu tu..
Akan ada sebuah kereta untuk dimenangi..
Antara kereta yang tersenarai ialah :-

*

*

*

PEUGEOT 407

SUZUKI SWIFT 1.5

PROTON SAVVY M-LINE

Semakin teruja la.. Dapat kereta tu..
Godek-godek lagi..
Ada baucar wang tunai pulak..
Lima keping semuanya..
Berjumlah RM200,000.00


Dalam gambo ni ada empat keping jer baucarnya..
Bestnya kalau baucar ni betul-betul boleh tukar jadi duit..
Ya Salam..
Aku rasa mau aku pengsan terus..

Bukan itu saja.. Ada lagi hadiah sampingan berupa sebentuk jam..
( betul ke penjodoh bilangan tuk jam ~ bentuk )
Huhu..
Katanya "thank You" gift..



Jam ni bagi aku biasa je la.. Mungkin jenama dia je yang gempak..
PIERCARLO D'ALESSIO

Aku sebenarnya memang teruja nak join contest ni..
Ye la kan.., ape salahnya mencuba nasib.. Mana tau menang RM200,000.00..
Boleh belanja korang makan.. Hehe..

Sebelum wat apa-apa.. Aku pun mintak pendapat MY BOS..
dan lebih kurang camni la jawapannya lepas dia baca surat aku tu..

" Sah benda ni sama dengan apa yang saya terima a few years ago from Reader Digest cuma presentation dia dah bertukar. Tapi kalau U minat Reader Digest nak langgan 12 bulan / 24 bulan / 36 bulan, saya galakkan U mohon / masuk contest.."

Jadi ape pendapat korang..?!

Luv & Faith,

Friday, January 21, 2011

AyuOb..

Salam Semua,

Berakhir lah sudah penderitaan seorang hamba Allah yang sangat penyabar..
AyuOb..


Cukup meruntun perasaan aku sebagai hamba yang hina ni..
Bila tengok cerita tu..
Perasaan aku melayang-layang mengenang kan betapa aku ini sangat beruntung..
Mempunyai kehidupan yang cukup selesa dan serba sempurna..
suami yang baik & penyayang..
Ibu mertua yang sangat memahami..
Anak yang lincah dan manja..
Kakak & abang yang sentiasa prihatin..
walaupun mak dah tak ada..

Terima kasih Ya Allah..

Aku bersyukur di atas segala nikmat yan telah ENGKAU kurniakan..
Alhamdulillah..

"Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang baik (solehah), tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang baik."

-Riwayat Al-Baihaqi-

Luv & Faith,




*p/s : Bos aku seorang chinese.. Dan yang bestnya dia pun layan cite ni.. katanya.. "mn ada lagi dah insan sebaik Ayuob tu.." Korang rasa ada tak..?!

Wednesday, January 19, 2011

Kuku Kaki Ku

Salam Semua,

Cuba korang baca tajuk entry ni lelaju + berulang kali..
ku ku ka ki ku..
ku ku ka ki ku..
ku ku ka ki ku..
ku ku ka ki ku..
ku ku ka ku ku..
ku ku ka ki ku..
Haha..

Sebenarnya nak cerita kat korang..
Semalam tak wat entry sebab sakit kaki..
Menaip rasanya pakai tangan kan..
Dan
tak ade kena mengena pun dengan kuku..

Al-kisahnya malam Isnin tu Encik Momar ajak kuar makan..
Aku dukung cha time tu..
Ntah ngape ngan aku malam tu..
 sekali terpelecok da..

walaupun dah nak jatuh
aku dengan sepenuh usaha..
mental & fizikal
cuba menyelamatkan cha dari menjadi mangsa keadaan..

Maka terbesimpuh la aku kat kaki lima flat tu..
Memula jatuh tu siap berehat dulu
suh Encik Momar amik cha..

Di kala aku berusaha menahan kesakitan tu, banyak plak soalan  Encik Momar Menyebabkan aku rasa nak marah je.. Dia boleh tanya aku.. "nape bersila kat sini.. "
Aku dah la sakit ni.. Tapi tetiba aku rasa kelako plak..
 Aku pun gelak..

Ni bukan kaki ku sebenar..

Malam tu Encik Momar belanja Chaw Kueh Teow kat Kerinchi..
Yang naik lori tu..
Boleh tahan sedap jugak..
Di tambah ngan kaki terpelik ot..
Lebam di bahagian lutut
Dan sedikit luka kecil sebenar 20 sen..
^_^

Luv & Faith,

Monday, January 17, 2011

NadyaBubble Give Away

Salam Semua,


Jom Join..

Hadiah menarik gak..




Korang yang kena tag :-

shila
sara
kuntumz
asrul
Bain

Menu Menggamit Memori

Salam Semua,

Hari ni terasa cepat sangat masa berlalu..
 Dan dengan penuh semangat memulakan kerja-kerja kat atas meja..
 Juga di dalam tray..
Juga di bawah tray..
Huhu..
Sedar-sedar rasa lapar jer..
Rupanya dah pukul 12.45..

Lauk ape yek kat kantin hari ni..
Ada tak yang special..
Atau pun lauk kegemaran..

Pas turun kantin ..
sangat kuciwa..
tak der lauk yang best pun..
Even sayur pun..
KObis..!!
Boring nya..

Dan akhirnya..
setelah mendapat persetujuan perut + hati..




Harap-harap kicap tamin ni sesedap kicap kipas udang..
Mujur ada ikan goreng garing ni..
Penyelamat selera makan aku..

Menu ni menyebabkan aku teringat sangat pada sesorang.. MA.. Dia ni jiran masa kat umah lama dulu.. Bila time makan tengah hari je, menu ni la dia suap kat anak dia.. Dan aku semestinya akan menyibuk di situ untuk bermanja-manja.. Masa tu ni lah menu yang paling best di alam semesta..  MA dah tak de skrg.. Al- Fatihah wat MA tercinta..

Korang pulak.., menu apa la hari ni yek.. ^_^

Luv & Faith,


Friday, January 14, 2011

Susu Percuma

Salam Semua,

Lepas rehat yang agak panjang tadi
(almaklum la.. Arini kan jumaat),
 ada bungkusan SKYNET yang dah menanti kat atas meja
Jenuh aku fikir..
Aku mana ada oder barang online..

setelah pening memikirkan isi kandungan plastik SKYNET tu
aku pun wat keputusan ..

Bukak je la kan plastik tu..
Beria nak pening-pening kepala..
Huhu..

Ni la barang misteri yang telah membuatkan aku pening-pening lalat tadi..

*

*

*

*

*


Bila dah tengok susu ni baru la aku teringat
2, 3 hari lepas aku ada dapat satu panggilan
Awek chinese yang begitu ramah tamah membaca skrip
sampai aku suruh dia berhenti baca skrip dan bercakap dengan aku cam biasa
Mana tak nya..
aku dah rasa cam bercakap dengan mesin
(setting bahasa Melacin)
Melayu + cina
Tapi dia memang sangat bersopan santun
Agaknya perbualan tu dirakam kot..

Susu ni memang rezki anak buah aku la kot..
sebab nya Tisya a.k. cha masih lagi full breastfeed
wlaupun satu masa dulu aku penah dirundum
masalah kekurangan susu

Tima kasih pada Kak N
kerana telah memperkenalkan aku dengan Shaklee
susu badan
Alhamdulillah maintain & bertambah ke hari ini


Luv & Faith,


Thursday, January 13, 2011

tEcik Craft's Giveaway

Salam Semua,


Giveaway kali ni amat bermakna tuk aku..
Bukan ape..
sebab TPG a.k.a Tuan Penganjur Giveaway ni
adalah kawan sekolah aku dolu-dolu
Sungguh aku tak sangka dia akan jadi WAHM
a.k.a work at home mom

Tuk korang yang memang ske mende-mende
kiut miut ni memang kena join
Mana tau ada rezki korang kan..


 
Luv & Faith,


GA Just For Fun 2

Salam Semua,


Menarik tak set cawan ni..
Nak join klik sini yek..


Jom Exchange Link

Salam Semua,



Korang tau tak kelebihan exchange link ni..?! Antara yang aku tau ni la.. :-

  • backlink dari blog Owner Exchange Link.
  • Menaikkan lagi alexa ranking kita kerana terdapat merata tempat link blog kita secara semulajadi. Selain dari komen yang kita tinggalkan kat blog orang.
  • Kita boleh dapat ramai kawan.
Ok.. Kalau korang rasa berminat dan nak join.. Klik sini yek..

Luv & Faith,

Wednesday, January 12, 2011

Sepatu Putih Itu

Salam Semua,

Tisya bulan ni genap la setahun
walaupun cha tak boleh jalan lagi
Tapi ibu dengan ayah memang berniat nak hadiah kan cha sepasang kasut

sebenarnya sebelum ni ibu tak pernah pun belikan cha kasut..
lagi pun mak ngah dah bagi sepasang kasut kat cha
kedekut Jimat yek Ibu..
Kasut rabbit kaler biru

Memula ibu ingat nak beli je kasut yang murah-murah untuk cha
tapi ayah kata kasut murah tapak dia licin
setelah ibu dan ayah penat memilih 

inilah hasilnya..

*

*

*

*

*

kasut ni pun tak la semahal mana pun..
kalau bab berbelanja ibu akan cuba berjimat selagi boleh

Dan ibu merasa sangat bahagia melihat keletah manja cha apabila cha menyarung sepatu putih itu..
Jom kita layan video ni..



Mintak maaf banyak-banyak
video ni senget..
Hehe..
+
 suara ibu ter 'interframe' pulak..
cha la buat lawak
punya la nak menari bersama sepatu putihnya
sampai hilang keseimbangan diri
nasibnya baik, dinding menjadi hero..
menahan cha dari rebah mencium lantai
Alhamdulillah..  Ya Allah..


Luv & Faith,

Contest The Sexiest Baby

Salam Semua,


Wow.. Menarik kan tajuk contest kali ni..
Agak unik dari biasa..
Tahniah TPC a.k.a Tuan Penganjur Contest
Jadi aku akan mempertandingkan gambar seksi yang..

*

*

*

*

*

*

*

*

*


                      Nama    :      Sofea Batrisya Binti Saidin Omar
Tarikh Lahir :      20 Januari 2010           

Harap-harap gambar ni cukup seksi .. ^_^
Korang berminat..?!
KliK sini yek..
Luv & Faith,
                       

Monday, January 10, 2011

Cabutan Bertuah Pertama 2011

Salam Semua,

UPDATE Hijaucantik Giveaway4.

Round 4

Pemenang bertuah itu ialah (bunyiii dram)..
  1. 140... Imaan09
  2. 51... zaikulim
  3. 126... EraWatiE
  4. 146... izan cute
  5. 54... Adyshariz
  6. 55... Sepatu Hijau
  7. 9... rosilah
  8. 121... EiNz
  9. 122... Zalina
  10. 127... Farhana
  11. 64... elleyayah
  12. 19... Orked
  13. 68... dilaloveawi
  14. 76... bunga_ros
  15. 100... kakngah
*p/s ~ Alhamdulillah.. Rezeki Tisya kot.. Kredit to hijaucantik.. Tima kasih byk2 cha.. Esok-esok kalau ader GA lagi cabut la nama Ros  tag la Ros yek..


Luv & Faith,

Anak Hantar Ibu ke Sekolah

Salam Semua,



Kebiasaan menghantar anak ke sekolah pada hari pertama adalah kewajipan pada para ibu dan ayah sekarang kan.. Tapi aku rasa, ungkapan anak menghantar ibu ke sekolah jarang-jarang kita dengar. Ke aku  je yang jarang dengar.. Huhu..

Pagi ahad (09 Januari 2011) aku dengan agak berat hati p jugak la sekolah.. wlaupun aku agak risau.. Ada beberapa perkara yang membuatkan fokus kembali ke sekolah aku sedikit terganggu. Di antaranya ialah :-
  • Mana tak nya.. tu la pertama kali aku akan tinggalkan Tisya dengan ayahnya a.k.a Mr Mama. Encik suami yang claim diri dia camtu. Boleh ke Mr. Mama aku ni handle Tisya a.k.a re'bang yang makin hari makin aktif.
  • Bilangan EBM (stok susu) yang tak berapa nak banyak dalam fridge. Hari sabtu aku pam sekerap yang boleh.. Alhamdulillah dengan izin Allah + supplement Shaklee yang dah masuk bulan ketiga aku makan, ada la 4 x 5oz tuk Tisya.. (aku memang xde EBM beku).
  • Dah setahun aku extand study.. 1/2 semesta masa aku berpantang Tisya.. 1/2 semesta lagi aku xsempat nak daftar kelas. "DAH PENUH".. Jadi, RAM dalam CPU aku ni agak slow.. Nak kna tambah pick up ni.. Aku ingat nak amik omegaGuard. Nak kena oder cecepat ni..
  • Paper Organization Behaviour, katanya paper killer.. Huhu.. Takutnya..!!
  • Nak kena pump.. sedangkan rest antara paper xsampai 15minit.. Tu pun cukup-cukup tuk kejar kelas berikutnya. Tanpa ada pilihan lain aku terpaksa pam time lunch..
Semalam pas abis sekolah dari 8.30 pagi - 6.15 petang, balik rumah terus pening kepala. Adakah ini kesan dari kekurangan RAM..?! Huhu.. Malam tadi rehatkan minda layan AJL 25. Alhamdulillah..



Luv & Faith,

HAPPY BABY CONTEST

Salam Semua,

KliK sini

 KATEGORI A


 Nama : Sofea Batrisya Binti Saidin Omar
Nama Ibu : Rosbaidah Binti Desa
Tarikh Lahir : 20 / 01 / 2010

Dan dengan sukacitanya dimaklumkan

Sara
Shila
Salwa

Anda telah ditag..
Jom la join yek.. Mana tau ade rezki kan..

Luv & Faith,

Friday, January 7, 2011

Lucky Draw Sukasuki2

Salam Semua,


Meh kita cuba nasib kat Sini..

Luv & Faith,