Pages

Friday, February 25, 2011

wayang Percuma

Salam Semua..

Cepatnya lah masa berlalu..
Ari ni dah jumaat..
Penghulu segala hari..

Dan yang paling bestnya..
Esok adalah hari berehat..

Cuma nak berkongsi info ngan korang..
tuk aktiviti ari berehat ni..

Kalau belum dapat idea nak pergi mana..
Meh cini aku cadangkan..
Korang pergi tengok wayang..
secara PERCUMA..

Tak perlu beratur tuk dapatkan tiket..
semudah 1, 2 dan 3..

1 - Sila hadirkan diri ke Pawagam Coliseum
2 - Pasti kan kehadiran korang pada pukul 12 tengah hari
3 - Dan.. selamat menonton


Filem pilihan kali ini ialah Rozana Cinta 87..

Filem ini bergenre Muzikal / Romantik..
untuk makluman korang semua..
Tayangan nya bermula pada 25 Februari 1987..
telah mendapat kutipan sebanyak..
RM257,277..

Satu jumlah yang agak besar pada tahun tu..
Mungkin kerana kemantapan penggubah muzik dan pengarah fotografi nya..
M. Nasir dan Badaruddin Azmi..
Serta Pengarah nya - Nasir Jani

Atau kehebatan para pelakon nya..
Bibiyana Layola
Helmi Hussaini
Erma Fatima
Kamarool Yusuf
Siso

Mana tahu kan Filem seperti ini
Mampu menggamit memori indah
suatu masa dulu
Kerana lokasi pengambarannya adalah sekitar Pasar Seni..

Selepas tayangan
Ada sesi bertemu peminat ..

Aktiviti hujung minggu macam ini..
Dapat mengeratkan silaturrahim sekeluarga..
Mengisi masa lapang bersama keluarga..
Dan..
Dapat memberikan sokongan padu kepada Kerajaan..
Malalui Program Merakyatkan Filem..

Luv & Faith,


* credit to : http://www.filemkita.com/filem/r/rozana_cinta87_01.html