Pages

Friday, February 11, 2011

Akhirnya.. Kamu milik Ku..

Salam Semua,


Sebelum ni Encik Momar seringkali bercerita mengenai mu..
Mengkhabarkan pada ku bahawasanya..
 Dia begitu tertarik dengan mu..
Dan pernah menyuarakan hajat di hatinya..
Ingin memiliki mu..

Aku pernah membantah beberapa kali..
Menyatakan bahawa kamu tidak pantas untuknya..
tidak sesuai..
bagai langit dengan bumi..
Jauh panggang dari api..
Encik Momar cuma diam membisu..
Membiarkan aku terus berbicara sendirian..

Namun aku tahu..
Jauh disudut hati nya..
Dia masih menaruh perasaan itu..

Perasaan ingin memiliki mu..
Biar cuma sekadar tester..



Alhamdulillah..
Pembukaan tahun 2011 ni, rezeki lebih murah..
Kan sudah diberitahu..
Sekiranya kamu berusaha lebih.., maka hasilnya juga InsyaAllah lebih..

Cuma..
Terus berusaha..
Berusaha..
Dan berusaha..
Di Akhirnya bertawakal dan berdoa lah..


Dan..
Nyata aku terlebih dahulu..
Memilikinya..


http://nadyabubble.blogspot.com/2010/12/nadya-bubble-give-away.html

Lepas ni boleh la aku menayang kat Encik Momar..
Hehe..
Dan yang pastinya beliau akan cemburu..
Kerana wangian kesukaan nya kini milik ku..

Luv & Faith,


* p/s : walaupun Encik Momar tau wangian ni untuk pompuan
          dia nak jugak.. Katanya bau nya best.. tak faham aku..