Pages

Monday, January 24, 2011

Aku Bakal Menang RM200,000.00

Salam Semua,


Masa mula-mula dapat surat yang menyatakan aku bakal menang RM200,000.00 ni.. Memang aku teruja sesangat.. Mak, Encik Momar ngan adik-adik pun dok kecoh bercakap pasal hal ni.. Mak kata aku nak dapat durian runtuh..

Ni sebenarnya contest.. dari Reader's Digest.. Mungkin ada jugak di kalangan korang yang pernah dapat surat camni kan.. Ada gak perasaan cam
" Eh biar betul.."
Tapi disebabkan surat kedua menyusul dalam letter box..  Perasaan kuries tu ilang skit-skit.. Maaf lah surat pertama ngan kedua aku dah buang..
So tak leh tepek kat sini.. Huhu..

Dan dalam surat kedua pulak dinyatakan akan sampai surat ketiga di mana aku kena reply dalam masa 14 hari tuk wat tuntutan duit tu.. Wah.. Bertambah keterujaan aku..
walaupun hati kecil aku kata.. Alah tak payah lah amik port..

Maka semalam sampai la surat yang aku ala-ala tunggu..



Berdebar-debar bila nak bukak sampul ni.. Apa lah isinya kat dalam..
 Dari luar rasa tebal je..

Menurut surat ketiga ini.. BUkan semua orang yang dapat offer camni.. Diaorang telah membuat 3 saringan  dari populasi penduduk di Malaysia dan hanya 1% orang sahaja yang akan diberi peluang untuk menyertai pertandingan ini..
 
saringan pertama
*

*

*

saringan kedua

*

*

*

saringan terakhir

*

*

*

Dan aku kat sini..



*

*

*
 lagi kandungan dalam sampul..
Dapat kunci pintu..


Bukan pintu umah tau..
Klu dapat umah memang tak terkata la weh..

Disebalik pintu tu..
Akan ada sebuah kereta untuk dimenangi..
Antara kereta yang tersenarai ialah :-

*

*

*

PEUGEOT 407

SUZUKI SWIFT 1.5

PROTON SAVVY M-LINE

Semakin teruja la.. Dapat kereta tu..
Godek-godek lagi..
Ada baucar wang tunai pulak..
Lima keping semuanya..
Berjumlah RM200,000.00


Dalam gambo ni ada empat keping jer baucarnya..
Bestnya kalau baucar ni betul-betul boleh tukar jadi duit..
Ya Salam..
Aku rasa mau aku pengsan terus..

Bukan itu saja.. Ada lagi hadiah sampingan berupa sebentuk jam..
( betul ke penjodoh bilangan tuk jam ~ bentuk )
Huhu..
Katanya "thank You" gift..



Jam ni bagi aku biasa je la.. Mungkin jenama dia je yang gempak..
PIERCARLO D'ALESSIO

Aku sebenarnya memang teruja nak join contest ni..
Ye la kan.., ape salahnya mencuba nasib.. Mana tau menang RM200,000.00..
Boleh belanja korang makan.. Hehe..

Sebelum wat apa-apa.. Aku pun mintak pendapat MY BOS..
dan lebih kurang camni la jawapannya lepas dia baca surat aku tu..

" Sah benda ni sama dengan apa yang saya terima a few years ago from Reader Digest cuma presentation dia dah bertukar. Tapi kalau U minat Reader Digest nak langgan 12 bulan / 24 bulan / 36 bulan, saya galakkan U mohon / masuk contest.."

Jadi ape pendapat korang..?!

Luv & Faith,