Pages

Thursday, December 2, 2010

Pengantin Baru Giveaway

http://asfiedaimpiana.blogspot.com
Salam Semua,

Pas mengodek-godek blog-blog yang ada, aku tibe-tibe tertarik ngan "Pengantin Baru Giveaway" ni.. Cam best jer.. Ble sebut Pengantin Baru je mula la teringat zaman-zaman kegemilangan aku dolu-dolu.. Hehe.. Masa aku jadi Pengantin la..

Mengulik Kenangan..

Kenangan camtu aku pasti semua orang pun akan ingat sampai hujung nyawa.. Dan semesti nya aku doakan semoga semua pasangan suami isteri yang sah ini diberkati Allah dan diberikan kesabaran kepada meraka terutamanya aku & suami ku untuk mengharungi cabaran dan dugaan sepanjang kehidupan.. Amin Ya Rabbal Alamin.. ^_^

Luv & Faith


Korang Nak Tak??

Salam Semua & X-specially tuk MamaTisya,


    Eskrem.. Nape aku ske eskrem..?! Ais krim.. ?! yang penting ader bunyik cream kan..Hehe.. sebab itu lah yang menjadi kan mende alah ni nyum-nyum..!! Sebenarnya aku ni bukan lah pencinta ais krim satu masa dulu.. (Masa sek dolu-dolu). Walaupun pada kebiasaan nya ais krim ni adalah makanan kesukaan bebudak.. Skrg dh xbudak lagik.. Mak budak pun ske aper.. kan..?!

     Alkisah nya aku mempunyai seorang sahabat yang sangat gemo beno makan ais krim.. Di sebabkan tahap kegemaran dia yang melampau tu, aku yang tak bersalah ni pun terpaksa teman dia makan ais krim gak. Tuk pengetahuan korang dan X-specially MamaTisya, sahabat aku ni xberapa chat sebenarnya. Dia dinasihatkan oleh DR. supaya xmkn mende-mende sejuk terutamanya ais krim sebab rahim nya yang bermasalah.

    Sebagai seorang sahabat yang baik.. Hehe.. Baik ke..?! Aku musti kena nasihatkan dia tuk elakkan mende-mende yang boleh membuatkan dia terseksa. Sebabnya tiap kali dia period, musti dia akan betukar menjadi tenggiling.. Tenggiling..?! Bukan la badan dia jadi bersisik cam tenggiling tu.. cuma, sebab nak menahan kesakitan di bahagian perutnya itu, dia terpaksa la meringkut.. Meringkok.. Mengeringkot.. Menggulung.. Alamak ape perkataan yang sesuai yek.. Lebih kurang tenggiling la, apabila ia merasakan bahaya.. ia akan menggulungkan tubuhnya sebagai suatu pertahanan dengan menggunakan sisiknya yang keras.













    Tapi sahabat aku ni memang pencinta ais krim yang tegar.. Jadi dia sanggup menanggung risiko seperti di atas semata-mata untuk merasai nikmat Ais Krim itu. Dan sebab dia lah aku juga telah terjebak sebagai pencinta ais krim.. Dan setiap kali menikmati ais krim, pasti aku akan teringatkan dia..

*p/s ~ Kepada Nor Azlizan binti Alias, aku mohon maaf kerana menyiarkan kisah benar kamu ini. Nanti aku belanja ko Baskin Robin yek.. Hehe..

Luv & Faith



Dia..

Salam & Selamat pagi Khamis,



        Pagi khamis yang penuh keberkatan ni.. telah mencerikan hidup aku.. Alkisahnya Dia ni merupakan kawan aku yang dari dulu sampai sekarang.. Aku mula kenal dia masa form 2..Walaupun kitorang xsama kelas tapi sebab dok hostel aku kenal dia.. Bermula pengenalan aku ngan dia.. Kitorang berkongsi satu cerita yang sama = Kami dah xde mak.. Persahabatan aku dengan dia berlangsung walaupun kadang-kadang tu ader jer yang xkena.. Mungkin sebab perangai aku yang pelik ni kot. Hehe.. Banyak mende baik & mende xbaik yang aku dah lalu dengan dia. Dia seorang yang sentiasa ceria. Susah nak marah orang. Sentiasa jadi yang terbaik tuk orang lain.

Masa form 3, dia dapat tawaran ke SMK Teknik. Teknik yang dihujung Malaysia plak tu. Aku still kt sek lama. Dua tahun tanpa kabar berita. Jarang-jarang sekali dapat kabar. Aku ingat masa tu akan berakhirnya persahabatan kitorang. Tapi xsangka pas abis SPM, dia muncul balik.. Kitorang kembali keep in touch sampai la ke hari ini.. Dia yang selalu bertanya kan kabar aku. Tima kasih.. Walaupun masing-masing dah sibuk dengan life sendiri.. Dari jauh dia selalu menjaga.. Rupanya aku ade sorang kawan yang xpenah lupa kat aku.. walaupun dia dah jumpa ramai kawan lain.. Rasa bertuahnya lah AKU..  Inilah nikmat Allah yang aku perlu jaga.. PERSAHABATAN..!! Alhamdulillah..


Kadang-kadang aku selalu sedih mengenangkan kawan-kawan yang dulu dah xingat kat aku.. Tapi xpelah.. sebab Dia selalu jer ader.. Tima kasih tuk Dia.. Dan aku seharusnya bersyukur dengan nikmat Allah yang SATU ni.. Dan kepada dia, dia & semua dia yang masih ingat kat aku tima kasih sangat.. Korang adalah sebahagian dari hidup aku yang aku xkan pernah lupa.. Salam sayang wat semua.. Termasuk la korang yang baca entry kali ni.. Tima kasih sangat-sangat.. Sayang korang.. ^_^




Luv & Faith